23.12.09

ENJIN JET F5 HILANG

Terdapat banyak komen komen bernas, yang tak bernas dan bermacam macam lagi komen panas berkenaan dengan kehilangan enjin enjin tersebut. Tapi disini kita harus rasional tentang komen komen kita ini. Saya kira komen komen ini boleh di golongkan kepada pro-kerajaan dan anti kerajaan.

Walau apa pun yang hendak disampaikan, tarik laa nafas panjang dulu.... kalau nak menyiasat mana mana kes kesalahan pun mesti ada prosesnya. Jangan laa nak melalut jer. bagi sikit ruang kepada pihak pihak yang terlibat untuk menjalankan tanggung jawab masing masing. Kalau siasatan dijalankan dengan tergesa gesa, nanti fakta fakta didapati tidak kukuh dan ini boleh menjejaskan peluang "conviction" bagi pihak pendakwa. Dalam erti kata lain bagi "buah betul betul masak ranum".

Hilang tetap hilang. Salah tetap salah. Kita harus berbuat sesuatu supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Tapi jika pihak pihak yang mempunyai agenda agenda tersendiri mengeluarkan kenyataan kenyataan yang memudaratkan nama negara dimata dunia dengan fakta fakta separuh betul, saya berpendapat yang ini lebih bahaya.

Renung renungkanlah ayat ayat yang digunakan oleh pengkhianat pengkhianat ini. Dari sudut yang mencuri dan yang menuduh orang mencuri....

15.12.09

Melayu perihatin

Kepada semua sahabat sahabat se-bangsa dan se-agama, dalam keadaan sosio politik yang tidak menentu, kekalutan yang kini melanda bangsa Melayu amatlah membimbangkan. Perpecahan yang didalangi fahaman politik masing masing sangatlah menyedihkan.

Apapun yang berlaku, masih lagi terdapat masyarakat bangsa malayu yang terpinggir,daif dan amat memerlukan perhatian sesama bangsa dinegara ini. Marilah kita bersama sama cuba menangani nya sedaya termampu. Saya ingin memohon diantara sahabat sahabat yang dapat mengutarakan mana mana golongan masyarakat sebangsa kita yang memerlukan bantuan supaya dapat kita sama sama cuba selesaikan.

11.9.08

SALAM PERKENALAN

Salam buat semua...

Terpanggil buat diri yang saya yang kerdil ini sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk melibatkan diri dalam keadaan semasa di negara kita yang kini tidak menentu hala tuju nya.
Terdapat "berbagai bagai dan bermacam macam" pemimpin pemimpin yang sebangsa dan seagama yang kini sanggup mendahulukan agenda-agenda politik masing-masing dan membelakangkan kebajikan bangsa Melayu dan agama Islam.
Adakah Saudara Saudariku pernah terasa (1) ingin melakukan sesuatu, (2) ingin melafazkan ketidakpuasanhati tapi tidak mempunyai saluran atau platform apabila kedudukan atau bangsa dan agama kita dicabar atau diperlekehkan oleh parti-parti politik?
Dari kesedaran inilah saya ingin menyeru supaya kita dari bangsa Melayu yang beragama Islam yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik bersatu untuk menuntut hak-hak bangsa melayu dipelihara. Suara kita lebih bermakna dan effective jika pendapat dan kepentingan bangsa Melayu dapat disuarakan secra kumpulan (pressure group) kita yang tiada berkepentingan politik. Agenda kita cuma untuk bangsa Melayu dan bukan untuk politik. Agenda kita adalah untuk masa depan anak-anak kita dibumi Malaysia.
Dimanakah salah kita jika kita cuma menuntut apa-apa kemudahan dan kelebihan yang sedia ada dipelihara dan dipertahankan. Tujuan kita adalah
SAMA seperti tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh bangsa-bangsa lain di negara kita ini. Jika mereka menuntut hak mereka, kita pun menuntut hak kita.
Tidak payah untuk kita berdemonstrasi dijalanan. Tidak payah untuk kita mengibar sepanduk. Tidak payah untuk kita menjerit jerit di tepi jalan. Cuma perlu dibina satu perkumpulan MELAYU UNTUK MELAYU dimana kebajikan kita dipantau bersama. Email dan undi dijadikan saluran bagi kita menyuarakan pendapat dan teguran untuk mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan mertabat bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
Akhir kata, cuba kita lihat disekeliling kita, saya yakin, 6 dari 10 bangsa Melayu tidak mempunyai mana-mana pautan parti politik. Kita tidak mempunyai saluran yang mantap bagi menyuarakan, to voice our displeasure, tentang apa-apa policy atau undang-undang yang akan digubal oleh parti parti politik yang berkuasa. Kita cuma perlu bersatu untuk masa depan anak-anak kita.