Salam buat semua...
Terpanggil buat diri yang saya yang kerdil ini sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk melibatkan diri dalam keadaan semasa di negara kita yang kini tidak menentu hala tuju nya.
Terdapat "berbagai bagai dan bermacam macam" pemimpin pemimpin yang sebangsa dan seagama yang kini sanggup mendahulukan agenda-agenda politik masing-masing dan membelakangkan kebajikan bangsa Melayu dan agama Islam.
Adakah Saudara Saudariku pernah terasa (1) ingin melakukan sesuatu, (2) ingin melafazkan ketidakpuasanhati tapi tidak mempunyai saluran atau platform apabila kedudukan atau bangsa dan agama kita dicabar atau diperlekehkan oleh parti-parti politik? Dari kesedaran inilah saya ingin menyeru supaya kita dari bangsa Melayu yang beragama Islam yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik bersatu untuk menuntut hak-hak bangsa melayu dipelihara. Suara kita lebih bermakna dan effective jika pendapat dan kepentingan bangsa Melayu dapat disuarakan secra kumpulan (pressure group) kita yang tiada berkepentingan politik. Agenda kita cuma untuk bangsa Melayu dan bukan untuk politik. Agenda kita adalah untuk masa depan anak-anak kita dibumi Malaysia.
Dimanakah salah kita jika kita cuma menuntut apa-apa kemudahan dan kelebihan yang sedia ada dipelihara dan dipertahankan. Tujuan kita adalah SAMA seperti tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh bangsa-bangsa lain di negara kita ini. Jika mereka menuntut hak mereka, kita pun menuntut hak kita.
Tidak payah untuk kita berdemonstrasi dijalanan. Tidak payah untuk kita mengibar sepanduk. Tidak payah untuk kita menjerit jerit di tepi jalan. Cuma perlu dibina satu perkumpulan MELAYU UNTUK MELAYU dimana kebajikan kita dipantau bersama. Email dan undi dijadikan saluran bagi kita menyuarakan pendapat dan teguran untuk mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan mertabat bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
Akhir kata, cuba kita lihat disekeliling kita, saya yakin, 6 dari 10 bangsa Melayu tidak mempunyai mana-mana pautan parti politik. Kita tidak mempunyai saluran yang mantap bagi menyuarakan, to voice our displeasure, tentang apa-apa policy atau undang-undang yang akan digubal oleh parti parti politik yang berkuasa. Kita cuma perlu bersatu untuk masa depan anak-anak kita.
11.9.08
Subscribe to:
Posts (Atom)